Khasiat Minyak Zaitun

Khasiat Minyak Zaitun 1) Melembapkan kulit Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering, rawatlah dengan minyak zaitun selain menggunakan daun lidah buaya untuk memberikan kelembapan pada kulit. Kandungan vitamin E dalam minyak zaitun sangat baik untuk merawat masalah kulit kering. Sebelum tidur, bersihkan wajah sebelum memakai minyak zaitun. Keringkan wajah dengan kain lembut dan sapukan satu sudu minyak zaitun tersebut ke seluruh wajah. Hati-hati jangan sampai terkena mata. Penggunaan yang kerap membuatkan wajah semakin sihat, lembap dan berseri. 2) Menghilangkan Noda Jerawat Memiliki parut jerawat membuatkan hidup stress juga kan. Bertenang, masalah ini boleh atasi dengan mencampurkan 1/3 cawan yogurt, 1/4 cawan madu, 2 sudu kecil minyak zaitun. Gaul rata sehingga masker menjadi likat. Sapu ke muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Pakai seminggu sekali. Gabungan ketiga-tiga bahan ini mampu melindungi dan merawat radang kulit akibat jerawat selain menjadikan kulit lebih sihat, gebu dan lembut. 3) Membantu Menanggalkan Alat Solekan Buntu nak pilih jenama apa yang sesuai sebagai penanggal alat solekan (makeup remover)? Pilihlah minyak zaitun. Mudah untuk gunakannya, murah dan senang didapati di mana-mana pasar raya. Lagipun minyak ini bersifat natural dan sesuai untuk semua jenis kulit. Campurannya sama seperti ramuan untuk menghilangkan noda jerawat. Cuma anda hanya perlu mengambil kapas dan celupkannya ke dalam campuran tersebut. Gosok lembut dan bersihkan alat solekan anda. Bilas dengan air bersih. 4) Bertindak Sebagai Anti-Penuaan Kandungan asid linoleic dan antioksidan di dalam minyak zaitun membantu menyeimbangkan kelembapan wajah dan melambatkan proses penuaan. Rawatan terbaik adalah dengan mencampurkan 2 sudu besar minyak zaitun, 1 sudu besar jus lemon dan secubit garam. Urut-urutkan wajah anda dan gosok dengan lembut ke kawasan wajah yang agak kering dan kasar. Gabungan jus lemon dan garam berupaya menanggalkan sel-sel kulit mati dan membuatkan wajah lebih bersih dan berseri. 5) Skrub Bibir Nak bibir mungil yang cantik menawan? Mudah sahaja. Sediakan gula perang, beberapa titis minyak zaitun dan sedikit perahan jus lemon. Campurkan kesemua bahan ini dan skrub atau gosok lembut pada bibir dalam 5 minit sebelum tidur. Minyak zaitun bertindak sebagai pelincir bagi memudahkan proses skrub, manakala gula dan lemon bertindak sebagai ejen pengelupasan yang selamat. 6) Merawat Tumit Kaki Pecah Tumit kaki yang pecah menghalang kita untuk bebas bergerak. Jadi, minyak zaitun sebagai solusinya. Gosok tumit dengan menggunakan air perahan jus suam, kemudian sapu minyak zaitun ke kawasan kaki yang melecet atau tumit yang pecah. Minyak zaitun akan memberikan kelembapan pada kulit kaki. Jangan lupa pakai stokin untuk kelegaan dan keselesaan. KEBAIKAN KEPADA RAMBUT 7) Rambut Kekal Sihat dan Lebat Minyak zaitun juga dapat membantu merawat kerosakan rambut dan nutrisi yang terkandung membantu melebat dan menguatkan akar rambut selain merawat masalah kelumumur. Untuk membuat masker rambut sangat mudah. Caranya, hancurkan buah aprikot dan campurkannya dengan minyak zaitun. Sapu rata ke seluruh rambut hingga ke akarnya. Biarkan seketika dan urut-urut kepala anda hingga masker benar-benar meresap sebelum dibilas. 8) Sebagai Perapi Rambut Selalu tak buat pengeritingan (hair waving) atau pelurusan (rebonding) rambut? Biasanya kaedah sebegini akan menggunakan beberapa ubat rambut yang sudah tentu mengandungi bahan kimia. Penggunaan yang kerap akan menyumbang kepada masalah kerosakan atau keguguran rambut. Tak perlu bazirkan duit mahal-mahal berjumpa pakar. Rawat sahaja di rumah lagi menjimatkan. Hanya gunakan minyak zaitun seperti losyen dalam perawatan rambut anda. Caranya dengan membuat kombinasi minyak zaitun, kuning telur dan madu. Ratakan ke seluruh rambut dan tutup dengan tuala selama 10-15 minit. Bilas dengan air bersih. Hasilnya, rambut bukan sahaja sihat, malah lebih lembut dan bersinar. KEBAIKAN KEPADA KESIHATAN 9) Merawat Kuku Rapuh Kuku boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Kuku yang tidak bermaya atau kuku rapuh adalah petanda kepada beberapa masalah yang kita hadapi. Tetapi adakah anda tahu bahawa minyak zaitun sebenarnya boleh membantu meningkatkan kesihatan kuku? Apa yang anda perlukan ialah 2-3 sudu besar minyak zaitun. Celupkan bebola kapas ke dalam minyak zaitun itu dan sapukan pada kuku anda. Biarkan kira-kira 30 minit dan basuh dengan air biasa. Lapkannya sehingga kering. Lakukukan sekerap yang mungkin untuk hasil yang memberangsangkan. 10) Mengurangkan Risiko Kanser Payudara Dikatakan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam memasak boleh membantu mencegah kanser payudara. Dalam satu kajian di Arab Saudi, didapati bahawa oleuropein, iaitu suatu bentuk sebatian semula jadi yang terdapat dalam daun zaitun dan mempunyai ciri-ciri anti-kanser payudara. Dalam satu percubaan klinikal lain yang dijalankan di Sepanyol pula mendapati wanita yang menggunakan diet yang mengandungi minyak zaitun adalah 62 peratus kurang berisiko mendapat kanser payudara. 11) Membantu Mencegah Diabetes Menurut Harvard School of Public Health, diet yang kaya lemak mono dan polyunsaturated, (seperti yang terkandung minyak zaitun) dapat membantu mencegah diabetes. Begitu juga dalam satu lagi kajian yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, penggunaan minyak zaitun membuktikan terdapatnya penurunan risiko diabetes terhadap wanita. 12) Mencegah Alzheimer Menurut Scientific American, enzim oleocanthal dalam minyak zaitun dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer. Persatuan Kimia Amerika juga menemui hasil yang sama. Extra Virgin Oil didapati dapat meningktkan pembelajaran dan ingatan pada tikus. Maka, ianya menyokong kepada kemungkinan dapat diaplikasikan kepada penderita Alzheimer. 13) Menguatkan Tulang Jangan fikir Kalsium dan Magnesium sahaja yang dapat menguatkan gigi dan tulang. Anda mesti tak percaya bahawa minyak zaitun juga dapat menguatkan tulang. Dalam sebuah kajian yang melibatkan beberapa orang lelaki yang memakan hidangan Mediterranean, makanan tesebut didapati telah menggunakan minyak zaitun. Hasilnya, darah mereka didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan suatu petunjuk kepada pembentukan tulang yang sihat. 14) Menurunkan Berat Badan Tak mudah rasanya bagi seseorang yang mengalami masalah berat badan untuk mendapatkan berat yang ideal lagi-lagi kalau anda seorang yang sibuk bekerja. Jadi, bagaimana caranya boleh turunkan berat badan tanpa senaman? Jawapannya dengan menjaga portion dan diet pemakanan. Gunakan atau campurkan minyak zaitun ke dalam setiap hidangan makanan anda kerana minyak zaitun juga bertindak sebagai ‘pemecah lemak’. 15) Mengawal Paras Kolesterol Selain membantu menurunkan berat badan, minyak zaitun juga berupaya dalam mengawal kolesterol serta menurunkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam badan. Minyak zaitun mengandungi lemak tepu dan tepu tak tepu yang sangat minimum. Kandungan unsaturated dalam minyak ini adalah sekitar 75 hingga 80 peratus yang membantu membina kolesterol baik dan HDL dalam badan. Penyelidikan yang dijalankan di Universiti Minnesota dan Universidad Autonoma de Madrid di Sepanyol mendapati telah menunjukkan bahawa penduduk Yunani, Cretan, dan penduduk Mediterranean yang mengambil minyak zaitun dalam diet mereka menunjukkan bahawa mereka mempunyai kadar risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah. 16) Melegakan Sembelit Jika anda mengalami masalah sembelit, kerapkan penggambilan minyak zaitun. Minyak zaitun memberi manfaat kepada saluran gastrousus dan usus besar. Minyak zaitun kaya dengan lemak tanpa monounsaturated, vitamin E dan K, besi, omega-3 dan 6 asid lemak dan antioksidan. Konsistensi dan tekstur minyak zaitun membantu merangsang sistem penghadaman anda, menjadikan makanan bergerak dengan lancar melalui kolon. Anda boleh mencuba diet pemakanan ini dengan mencampurkan minyak zaitun ke dalam salad buah-buahan, minuman berjus seperti jus oren, jus lemon dan juga susu. 17) Membantu Memecahkan Batu Buah Pinggang Cuba kaedah ini untuk memecahkan atau mengecilkan batu buah pinggang (ginjal). Didihkan 2 liter air dalam periuk. Tutup api dan tambahkan 2 auns jus lemon dan 2 auns minyak zaitun. Biarkan sejuk kemudian minum air tersebut. Jika ada lebihan, simpan dalam peti sejuk dan minum setiap hari sehingga batu tersebut pecah atau mengecil. 18) Mencairkan Tahi Telinga Tahi telinga yang keras memang menyakitkan. Jadi kaedah terbaik adalah dengan melembutkan atau mencairkan tahi telinga tersebut. Caranya mudah sahaja. Hanya perlu titiskan beberapa titisan minyak zaitun ke dalam telinga dan biarkan seketika antara 10-15 minit sehingga tahi telinga tersebut mudah untuk dikeluarkan. Gunakan kain yang lembut untuk membersihkannya. 19) Menghalang Strok Satu kajian menunjukkan bahawa orang tua yang mengambil minyak zaitun dalam diet mereka mengalami peratusan sebanyak 41 peratus kurang terdedah kepada risiko strok atau angin ahmar. Strok berlaku kerana terdapatnya penyumbatan atau pembekuan darah dalam saluran darah yang bersambung ke otak. Sekiranya saluran tersebut pecah, maka ia akan menyebabkan kerosakan otak, lumpuh anggota badan dan akhirnya menyebabkan kematian jika lambat dirawat. Oleh itu, penggunaan minyak zaitun secara konsisten membantu dalam mencairkan gumpalan ini seterusnya melancarkan peredaran darah ke otak. 20) Meningkatkan Kualiti Organ Seks Minyak zaitun juga mengandungi aphrodisiac, iaitu sejenis zat kimia yang digunakan untuk merangsang daya seksual. Kerana itu minyak ini kerap digunakan dalam perurutan kerana mampu dijadikan sebagai minyak aromaterapi. Dengan mengurut cara yang betul menggunakan minyak ini, ia berupaya meningkatkan peredaran darah ke seluruh bahagian badan, termasuk organ seks.