![[manicure (rawatan Kuku Tangan)] [manicure (rawatan Kuku Tangan)]](https://scontent.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/36650850_2108368639191324_1935424302094483456_n.jpg?_nc_cat=0&oh=fc24036b68697b8e0a94d3b04bb541e5&oe=5BDDC347)
[Manicure (rawatan kuku tangan)]
Manicure merupakan rawatan kecantikan secara professional bagi penjagaan tangan & kuku.
Manicure berasal daripada perkataan manus - hand dan cura - care yang bermaksud penjagaan tangan. menurut sejarah, manicure telah diamalkan oleh orang Mesir, Yunani &Romawi sejak zaman dahulu lagi.
Tujuan utama Manicure
1) membersihkan & mencantikkan kuku tangan
2) melembutkan & melembapkan bahagian tangan yg kasar
3) mencegah tangan & kuku tangan daripada jangkitan kuman
4) menghilangkan tekanan(stress) pada tangan
[Pedicure]
adalah sama dengan manicure cuma perbezaannya ia adalah
untuk kaki. Kaki merupakan satu anggota badan yang sering diabaikan oleh wanita dalam penjagaan kecantikan. Semasa pedicure, kuku kaki anda akan dibersih dan dibentuk bagi mengelakkan kuku rosak. Seperti manicure, kaki anda akan diskrub dan diurut bertujuan melegakan otot dan melancarkan aliran darah. Selain itu, kaki akan dibersihkan bagi melegakan kaki rekah dan melembapkan kulit.
credit : google